Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TIME Kini Menawarkan Pakej 300Mbps dan 500Mbps Untuk Pengguna Rumah – Bermula RM189 Sebulan

TIME dotCom merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet jalur-lebar di Malaysia, dan hanya memfokuskan beberapa lokasi terhad sahaja buat masa ini. Mereka sebelum ini telah hadir dengan pakej 100Mbps dengan harga langganan RM149 sebulan – dan hari ini dilihat telah turut menawarkan pakeh 300Mbps dan 500Mbps untuk pengguna rumah.

TIME Fibre Home 500Mbps

Pakej baru ini boleh dikatakan antara pakej berkelajuan tinggi untuk pengguna rumah. Sebelum ini sendiri, TIME telah menguji kelajuan rangkaian mereka sehingga 500Mbps ketika sebuah acara memfokuskan sekuriti beberapa tahun yang lepas, dan kini nampaknya semua pengguna di Malaysia yang diliputi dengan rangkaian TIME Fibre boleh menikmati kelajuan berkenaan.

TIME Fibre Home 500Mbps

Daripada apa yang ditawarkan oleh TIME, pengguna boleh menikmati penggunaan tanpa had melalui pakej baru mereka, dan turut boleh menambah RM10 untuk menikmati 2000 minit panggilan. TIME turut menekankan mereka menawarkan kelajuan simetrik untuk muat-naik dan muat-turun bagi pakej mereka, membolehkan pengguna menikmati kelajuan yang pantas untuk kedua-dua proses berkenaan.

Dari segi harga langganan pula, TIME Fibre 300Mbps ditawarkan pada harga RM189 sebulan, dan TIME Fibre 500Mbps ditawarkan pada harga langganan RM299 sebulan.

Layari : TIME Fibre Home



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TIME Kini Menawarkan Pakej 300Mbps dan 500Mbps Untuk Pengguna Rumah – Bermula RM189 Sebulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info