Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rasmi : TM Akan Melancarkan Pakej Baru Unifi Mereka Esok

Unifi Advance ProUntuk beberapa hari ini, kita telah mendengar mengenai pakej baru UniFi yang akan diperkenalkan oleh Telekom Malaysia, membawakan kelajuan sehingga 100Mbps. Hari ini, pihak Telekom Malaysia sendiri telah mula menghantar jemputan media mengatakan akan memperkenalkan pelan baru Unifi secara rasminya esok.

Melalui jemputan yang dihantar, Telekom Malaysia mengatakan melalui pelan baru UniFi ini, ia akan membolehkan pengguna membuat lebih banyak perkara – sekaligus membawa kepada maksud tersirat pakej yang lebih pantas.

Semalam, kami telah berkongsi akan mengenai pelan yang dinamakan sebagai Unifi Advance Pro dengan kelajuan muat-naik 100Mbps dan muat-turun 50Mbps yang bakal diperkenalkan oleh Telekom Malaysia. Kita mungkin akan dapat melihat ia diumumkan dan sama-sama kita berharap agar ia lebih murah berbanding dengan RM329 yang tertiris sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : TM Akan Melancarkan Pakej Baru Unifi Mereka Esok"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info