Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Galaxy S6

SGS6 MarshmallowMenggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S6? Kini, pihak Samsung Malaysia telah mula memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow kepada pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna yang menggunakan Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge mengemaskini dan menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan olehnya.

Daripada kemaskini yang ditawarkan, ia dilihat bersaiz sekitar 1.3GB, dan mungkin anda ingin bersambung ke rangkaian WiFi tanpa had terlebih dahulu sebelum memulakan proses kemaskini. Pengguna juga dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses kemaskini berkenaan.

Melalui kemaskini Android 6.0 Marshmallow, kini ia membawakan sedikit kemaskini pada antaramuka, dan turut menyertakan salah satu fungsi yang diminati ramai iaitu Google Now on Tap. Melaluinya, pengguna boleh mengakses Google Now dan menganalisa sebarang halaman atau kandungan aplikasi yang dibuka dan memperlihatkan hasil carian berkaitan.

Bagi anda yang tidak mempunyai rangkaian data untuk memuat-turunnya, anda turut boleh ke pusat khidmat pelanggan Samsung untuk membuat kemaskini peranti anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Galaxy S6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info