Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Membawa Sokongan Bot Kepada Perkhidmatan Skype

Dengan perkembangan arena pembelajaran mesin, salah satu perkara yang mendapat perhatian kembali adalah “Bot” pada permesejan. Terkini, Microsoft mengumumkan sokongan bot pada Skype yang mana bukan terhad kepada permesejan sahaja, tetapi juga bakal ditawarkan melalui video dan audio.

Skype Bot

Melalui penggunaan bot ini, ia membolehkan syarikat dan organisasi menyediakan pelbagai jawapan pantas kepada pengguna dan tidak memerlukan orang perseorangan untuk membuat tugasan tersebut. Pelbagai jawapan diautomasikan dan menjadikan pengalaman untuk pelanggan dan pengguna lebih baik lagi.

Skype Bot hadir melalui kemaskini Skype untuk Windows, Android dan iPhone hari ini, namun untuk mengakses beberapa Skype Bot contoh, ia masih terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Mungkin kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan mengintegrasikan sokongan bot pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Membawa Sokongan Bot Kepada Perkhidmatan Skype"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info