Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mi Powerbank Pro Dilancarkan – Menyokong Sambungan USB-C

Peranti dengan USB-C semakin banyak di pasaran tetapi aksesori untuknya kami dapati masih sukar dimiliki. Sekiranya anda memiliki sebuah Nexus 6P misalnya, kabel pengecas peranti ini menggunakan USB-C pada kedua-dua hujung wayar. Jika anda ingin menggunakan sebuah powerbank, anda perlu membeli sebuah penyesuai USB-C ke USB-A untuk menggunakannya. Menyedari masalah ini Xiaomi mengumumkan Mi Powerbank Pro yang mempunyai sambungan USB-C terbina.

Mi-powerbank-pro-1

Powerbank dengan kapasiti 10000 mAh ini turut mempunyai sebuah lagi port USB-A supaya anda masih boleh menggunakannya untuk peranti tanpa USB-C. Sokongan pengecasan pantas membolehkannya mengecas peranti dengan pantas dan dicas semula dalam masa hanya 3.5 jam. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz Mi Powerbank Pro adalah sama dengan saiz Mi Powerbank 5000 mAh sebelum ini. Harga jualan ialah RMB 149 (~RM 93) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mi Powerbank Pro Dilancarkan – Menyokong Sambungan USB-C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info