Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mari Tonton Reaksi Remaja Sekarang Terhadap Sistem Operasi Windows 95

Salah satu siri video menarik pada YouTube adalah melihat reaksi kanak-kanak dan remaja terhadap teknologi yang digunakan sedekad dua yang lalu. Terkini, sebuah video baru hadir, memperlihatkan reaksi remaja zaman sekarang terhadap sistem operasi Windows 95.

Seperti ramai sedia maklum, Windows 95 telah dilancarkan pada tahun 1995 yang lepas, dan telah menyambut ulang-tahun ke-20 pada tahun lepas. Ia merupakan sistem operasi yang terbaik ketika ia dilancarkan dengan paparan grafik menarik, disamping menawarkan kemudahan dalam penggunaan komputer.

Namun, pada masa kini, era komputer bergerak pantas, dan menawarkan lebih daripadanya. Beberapa remaja telah dipertontonkan dengan Windows 95, dan ada yang terkejut melihat saiz monitor ketika itu yang berkali ganda besar berbanding masa kini, disamping terkejut dengan jumlah cakera liut yang diperlukan untuk pemasangan Windows 95 – berbanding hanya muat-turun dan memasangnya pada masa kini.

Walaubagaimanapun, beberapa fungsi masih kekal sehingga hari ini – termasuk gaya paparan Windows pada desktop.

Bagi anda, jikalau anda diperlihatkan kembali dengan Windows 95, apakah pendapat anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mari Tonton Reaksi Remaja Sekarang Terhadap Sistem Operasi Windows 95"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info