Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sharp Dilaporkan Menerima Bidaan Pengambil-Alihan Daripada Foxconn

Foxconn telah membuat bidaan untuk mengambil-alih Sharp sejak beberapa bulan lepas. Selepas melalui pelbagai proses, kini ia dilaporkan Sharp menerima bidaan pengambil-alihan daripada Foxconn pada nilai mencapai $6.2 bilion.

Untuk makluman, Sharp telah menghadapi masalah kewangan sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi pada masa yang sama merupakan salah satu pengeluar komponen yang popular untuk syarikat teknologi lain.

Foxconn

Foxcoon dilihat berminat dengan bahagian pengeluaran panel paparan daripada Sharp, dan disebabkan itu mereka memilih untuk mengambil-alihnya.

Pihak Foxconn akan mendapatkan pegangan saham sebanyak 65.9% melalui pengambil-alihan ini. Pengambil-alihan ini juga akan memberikan akses kepada lebih teknologi dan kebolehan yang dimiliki oleh Foxconn berbanding sebelum ini, disamping membolehkan mereka menawarkan lebih pilihan kepada syarikat lain dalam pengeluaran komponen.

Dengan penerimaan pembidaan ini, kita mungkin perlu nantikan pengesahan daripada pihak berkuasa di Jepun, sebelum ia diteruskan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Dilaporkan Menerima Bidaan Pengambil-Alihan Daripada Foxconn"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info