Jualan tablet merudum hampir 13 peratus tahun lalu. Antara sebab mengapa ini berlaku ialah kerana peranti phablet yang semakin popular serta komputer tablet yang mampu melakukan tugasan harian seperti Surface Pro 4. Menyedari kepopularan peranti seperti Surface, semakin banyak pengeluar mula mengeluarkan komputer tablet kompak. Huawei memasuki arena komputer tablet 2 dalam 1 dengan melancarkan MateBook pagi tadi. Ia sebuah komputer tablet Windows 10 yang diperkasakan oleh pemproses Intel Core M. Ia lebih nipis berbanding Surface Pro 4 dan iPad Pro. Selain daripada itu stylus MatePen dengan penunjuk laser terbina turut disertakan. Mari bandingkan MateBook dengan Samsung TabPro S dan Surface Pro 4. Yang manakah lebih berbaloi?
Huawei MateBook
-
12" Saiz Paparan
Skrin IPS TFT LCD dengan resolusi 2160x1440 pixel.
-
Intel Core M
Pemproses generasi ke-6 Intel Core M.
-
4 & 8GB RAM
RAM sebesar 4 & 8 Gigabyte LPDDR3.
-
128, 256 & 512GB Storan
Muatan dalaman 128 atau 256 Gigabyte SSD.
-
Tiada ruang MikroSD
-
-MP Kamera
Tiada kamera belakang disertakan.
-
5MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 5 Megapixel.
-
-
Tiada sokongan SIM.
-
4430 mAh Bateri
Bateri sebesar 4430 mAh.
-
Microsoft Windows 10
Menggunakan sistem operasi Windows 10.
Samsung TabPro S
-
12" Saiz Paparan
Skrin 12” Super AMOLED dengan resolusi 2160x1440 pixel.
-
Intel Core M
Pemproses generasi ke-6 Intel Core M.
-
4GB RAM
RAM sebesar 4 Gigabyte.
-
128 & 256GB Storan
Muatan dalaman 128 atau 256 Gigabyte SSD.
-
Tiada ruang MikroSD
-
5MP Kamera
Kamera utama 5 Megapixel dengan Auto Focus. Mengambil video pada resolusi 1080P.
-
5MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 5 Megapixel.
-
4G LTE
Sokongan SIM dan LTE Cat 6.
-
5200 mAh Bateri
Bateri sebesar 5200 mAh.
-
Microsoft Windows 10
Menggunakan sistem operasi Windows 10.
Microsoft Surface Pro 4
-
12.3" Saiz Paparan
Skrin 12.3" PixelSense (2736×1824 pixel).
-
Intel Core M3
Pemproses generasi ke-6 terkini Intel Core M.
-
4,8 & 16GB RAM
Pilihan RAM sebesar 4,8 & 16 Gigabyte.
-
128, 256 & 512GB Storan
Pilihan muatan dalaman 126, 256 atau 512 Gigabyte SSD.
-
128GB MikroSD
Sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.
-
8MP Kamera
Kamera belakang 8 Megapixel mampu mengambil video pada resolusi 1080P.
-
5MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 5 Megapixel RealSense 3D mengimbas wajah pengguna dan menyokong sistem Windows Hello.
-
Tiada
Tiada sokongan SIM.
-
5087 mAh Bateri
Bateri 5087 mAh membolehkan peranti berfungsi hampir sepanjang hari.
-
Microsoft Windows 10
Menggunakan sistem operasi terkini Microsoft Windows 10.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perbandingan Huawei MateBook, Samsung TabPro S & Microsoft Surface Pro 4"