Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MySpace Kini Dimiliki Oleh TIME Inc

MySpace merupakan salah satu laman sosial yang popular pada era awal internet, sebelum Facebook diperkenalkan. Namun, popularitinya merudum sejak daripada pengenalan Facebook, dan sebelum ini, pada tahun 2011, Specific Media telah mengambil-alih MySpace pada nilai $35 juta.

Hari ini, TIME Inc yang mana merupakan syarikat disebalik penerbit seperti TIME, Fortune dan sebagainya mengumumkan pengambil-alihan Viant Technology – syarikat disebalik Specific Media.

MySpace Baru

Dengan pengambil-alihan ini, secara langsung, MySpace kini dimiliki oleh TIME Inc. Pengambil-alihan pihak TIME Inc untuk Viant adalah lebih kepada teknologi data dan pemasaran yang dimiliki oleh mereka.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui apakah yang akan dilakukan oleh TIME Inc dengan laman sosial MySpace yang telah menerima nafas baru beberapa tahun yang lepas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MySpace Kini Dimiliki Oleh TIME Inc"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info