Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Menguji Fungsi Multi-Akaun Dengan Lebih Meluas

Fungsi multi-akaun pada Instagram merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai. Pihak Instagram telah menguji fungsi ini pada versi Android beta sejak beberapa bulan yang lepas, dan terkini, mereka turut telah memulakan ujian yang sama pada aplikasi iOS mereka.

Instagram merupakan salah satu aplikasi memfokuskan kepada perkongsian gambar, membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan menambah kesan khas khusus dalam menjadikannya lebih cantik. Beberapa jenama dan syarikat turut menggunakannya untuk berinteraksi dengan pengguna mereka.

Instagram Akaun

Melalui fungsi multi-akaun, pengguna boleh mengakses kepada lebih dari satu profil pengguna Instagram dengan mudah. Dengannya, pengguna tidak lagi perlu log keluar dan log masuk ke akaun lain, sebaliknya boleh tap pada avatar mereka dan mengubah kepada akaun yang diinginkan. Notifikasi juga hadir dengan paparan nama akaun pengguna untuk memudahkan anda melihat dan membalasnya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan memperkenalkannya kepada semua pengguna. Memandangkan mereka telah mula mengujinya dengan meluas, mungkin kita akan dapat melihatnya dilancarkan pada tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Fungsi Multi-Akaun Dengan Lebih Meluas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info