Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Akan Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Seumpama Gear VR Pada Tahun Ini

Google sebelum ini dilaporkan telah menubuhkan bahagian khusus untuk pembangunan mengkhususkan teknologi realiti-maya. Terkini, ia dikatakan Google sedang membangunkan set kepala mereka untuk realiti-maya, dan akan hadir dengan sesuatu seumpama Gear VR daripada Samsung pada tahun ini.

Samsung Gear VR

Melaluinya, ia akan menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada Google Cardboard. Melalui peranti berasaskan plastik tersebut kelak, pengguna boleh menghubungkan sebarang peranti Android, dan dengan sensor gerakan tambahan, ia boleh memberikan pengalaman realiti-maya yang lebih baik kepada pengguna.

Beberapa desas-desus juga turut mengatakan Google akan mengintegrasikan komponen utama realiti-maya pada sistem operasi Android tersendiri tidak lama lagi, dan tidak memerlukan sebarang aplikasi tambahan seperti Cardboard untuk berfungsi.

Sekiranya perkara ini benar, maka kita mungkin mendengar sesuatu berkaitan dengannya seawal pada acara Google I/O yang dijadualkan bulan Mei kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Akan Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Seumpama Gear VR Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info