Humble Bundle pada hari ini telah mengumumkan penawaran pakej baru hasil kerjasama dengan Ubisoft – menawarkan beberapa permainan popular pada harga yang ditetapkan oleh pengguna, bermula daripada serendah $1.
Melalui Humble Ubisoft Bundle ini, pengguna akan mendapat tiga permainan pada bayaran sebarang harga, iaitu Call of Juarez : Gunslinger, Grow Home dan juga Rayman Origins.
Pengguna turut boleh mendapatkan permainan tambahan dengan membayar harga bayaran purata – yang mana menawarkan permainan Far Cry 3, Tom Clancy Splinter Cell Blacklist, dan Assasssin’s Creed Chronicles China.
Beberapa pakej lain turut ditawarkan, termasuk pra-tempahan untuk permainan The Division.
Layari : Humble Ubisoft Bundle
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Bundle Baru Menawarkan Permainan Ubisoft Seperti Tom Clancy, Rayman Origins, Far Cry"