Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Sedang Membangunkan Set Realiti-Maya Yang Hadir Dengan Skrin Terbina

Google pada tahun ini dilihat akan lebihkan fokus mereka dalam arena realiti-maya berbanding tahun sebelumnya. Ia sedia dikatakan Google kini telah mempunyai bahagian khusus untuk Google VR, dan beberapa laporan lanjut sejaknya telah hadir, turut mengatakan teknologi realiti-maya akan diintegrasikan pada versi Android akan datang.

Google Cardboard

Terkini, menurut laporan baru, Google dikatakan sedang membangunkan set kepala realiti-maya yang boleh beroperasi tanpa memerlukan skrin telefon pintar. Ini bermakna, set realiti-maya yang sedang dibangunkan oleh Google mampu beroperasi sendiri tanpa memerlukan peranti tambahan lain.

Perkara ini agak berbeza dengan penggunaan Google Cardboard, yang bergantung kepada skrin peranti mudah-alih dan sensor padanya.

Walaubagaimanapun, ia dijangka mungkin tidak berkuasa seumpama PlayStation VR atau Oculus Rift.

Disamping set ini, pihak Google juga turut sedang membangunkan satu lagi variasi peranti realiti-maya mereka, yang mana akan menyerupai Gear VR dan lebih kepada penambah-baikkan Google Cardboard sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Sedang Membangunkan Set Realiti-Maya Yang Hadir Dengan Skrin Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info