Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menamatkan Picasa – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Google Photos

Picasa merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan gambar yang telah beroperasi dibawah Google untuk sekian lama. Kini, dengan pihak Google yang memfokuskan kepada perkhidmatan Google Photos, mereka mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan Picasa, sekaligus memudahkan mereka menambah dan meneruskan pembangunan pada Google Photos.

PicasaGoogle mengatakan, mereka akan menamatkan sokongan untuk aplikasi Picasa pada desktop bermula 15 Mac 2016 kelak, sementara untuk perkhidmatan web pula, semua kandungan pengguna akan boleh diakses pada Google Photos. Google turut mengatakan mereka akan menyediakan ruangan khusus untuk pengguna Picasa mengakses gambar mereka dengan pelbagai data tambahan yang sedia dilabelkan sebelum ini.

Untuk pembangun juga, beberapa API Picasa akan ditamatkan yang mungkin membuatkan perisian atau aplikasi yang menggunakannya tidak berfungsi dengan lancar.

Google memohon maaf atas perubahan ini, dan mengatakan mereka melakukannya dalam usaha menyediakan pengalaman pengurusan gambar yang baik kepada para pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Menamatkan Picasa – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Google Photos"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info