Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan SMS Dan Multi-Akaun

Pada Android, pihak Google sedia membolehkan pembangun lain mengintegrasikan sokongan SMS dan menjadikan aplikasi lain sebagai aplikasi SMS utama mereka. Kini, mengambil kelebihan berkenaan, Facebook dilihat sedang menguji sokongan integrasi SMS pada aplikasi Facebook Messenger mereka.

Facebook Messenger SMSFacebook pernah menguji integrasi SMS sebelum ini, tetapi ia dihentikan, dan kini nampaknya ia kembali semula. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan Facebook Messenger untuk berinteraksi menggunakan platform permesejan Facebook berkenaan, ataupun melalui SMS. Sekiranya menggunakan SMS, sebuah dot berwarna ungu dipaparkan yang menandakan anda akan menggunakan kredit pada telefon anda. Ujian yang dilakukan buat masa ini tidak menyatukan perbualan pengguna sama melalui SMS ataupun Facebook Messenger menjadi satu seperti Google Hangout.

Satu lagi fungsi yang sedang diuji oleh Facebook adalah sokongan multi-akaun. Walaupun kebanyakkan pengguna hanya mempunyai satu akaun Facebook sahaja, masih terdapat beberapa pengguna dengan lebih daripada satu akaun dan ingin menguruskannya dengan mudah melalui aplikasi Facebook Messenger.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui adakah pihak Facebook akan memperkenalkan ia kepada semua pengguna seluruh dunia ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan SMS Dan Multi-Akaun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info