Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron Bersenjatakan Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal Diuji Di Russia

ATGM ataupun peluru berpandu anti kereta kebal sudah digunakan sejak Perang Dunia Kedua. Ia dibawa oleh anggota infantri bagi memusnahkan kereta kebal musuh dari jarak dekat. Ini mendatangkan masalah kerana pengendali ATGM perlu menyerang hendap kereta kebal dari belakang atas ataupun belakang tanpa disedari musuh. Bagi mengurangkan risiko kepada pengendali, sebuah syarikat senjata di Russia menghasilkan dron yang dilengkapi ATGM.

Dron-ATGM

United Instrument Manufacturing Corporation (UIMC) melakukan pertunjukan kemampuan dron keluaran mereka. Ia mempunyai jarak operasi sejauh 3 batu dan terbang selama 30 minit. Menurut mereka dron ini tidak mempunyai mod automatik yang boleh mengesan kedudukan kereta kebal dan perisai musuh sebelum memusnahkannya. Sistem automatik digunakan kerana sistem penghalang isyarat kawalan jauh dron sudahpun wujud. Dengan dron ini, pengendali hanya perlu memberi arahan dan ia akan memburu tanpa belas kasihan. ATGM boleh ditembak secara mendatar ataupun dipasang secara menegak bagi menyerang terus dari atas. Dengan wujudnya dron ini, impian Skynet semakin hampir menjadi kenyataan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Dron Bersenjatakan Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal Diuji Di Russia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info