Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menentang Arahan Mahkamah Untuk Meyahsulit iPhone Milik Pengganas

Seperti yang kami laporkan semalam, Apple diarahkan oleh mahkamah di California untuk membantu pihak FBI menyahsulit sebuah iPhone. Peranti ini dimiliki oleh Syed Rizwan, salah seorang pengganas yang membunuh 14 orang individu di San Bernardino 2 Disember lalu. Sehingga kini pihak FBI gagal untuk mengakses iPhone 5C milik beliau kerana sistem penyulitan yang digunakan oleh Apple. Maklumat terkandung di dalam peranti diharap dapat membantu pihak berkuasa memastikan suspek tidak dibantu oleh orang lain untuk melakukan serangan keganasan tersebut.

A;rawi-ISIS

Sungguhpun arahan telah diberikan, Apple nampaknya tidak akan memenuhi permintaan mahkamah. Tim Cook dipetik menyebut pihak Apple enggan membantu pihak berkuasa mengakses data peribadi pengguna peranti mereka. Beliau berkata sekiranya bantuan menyahsulit peranti diberikan, maklumat tentang bagaimana ia dilakukan mungkin boleh digunakan oleh penjenayah siber dan penggodam untuk mencuri data jutaan pengguna iOS. Kesan negatif terhadap keselamatan pengguna di masa hadapan dirasakan lebih penting dari membantu sebuah kes.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Menentang Arahan Mahkamah Untuk Meyahsulit iPhone Milik Pengganas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info