Google agak memfokuskan kepada penjimatan data sejak daripada tahun lepas, dimana mereka telah hadir dengan sokongan pemampatan terbina pada Chrome, dan turut mengumumkan Accelerated Mobile Pages. Terkini, pihak Google turut menambah-baik enjin dan algoritma pemampatan mereka pada Chrome, kepada algoritma baru dinamakan “Brotli”.
Brotli dikatakan menawarkan pemampatan lebih 26% berbanding algoritma sebelum ini, sekaligus menjimatkan penggunaan data internet – disamping membolehkan sesuatu laman web dibuka dengan lebih pantas.
Ia juga dikatakan menyumbang kepada penjimatan bateri ketika digunakan pada peranti mudah-alih.
Google kini telah mengintegrasikan Brotli pada Chrome Canary (versi pembangunan), dan ia bakal diintegrasikan pada Chrome desktop dan peranti mudah-alih versi akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Teknologi Pemampatan Baru Chrome Akan Memuatkan Web Dengan Lebih Pantas, Dan Guna Kurang Data"