Microsoft kini dalam perancangan untuk memanggil semula sejumlah kabel pengecas untuk Surface Pro, disebabkan oleh masalah cepat menjadi panas dan boleh mengakibatkan kerosakkan lain. Microsoft dijangka membuat pengumuman berkaitan dengannya tidak lama lagi.
Melalui program memanggil dan menggantikan semula kabel pengecas ini, ia dikatakan akan melibatkan pengecas Surface Pro, Surface Pro 2, dan Surface Pro 3 yang telah dijual pada tahun lepas.
Ia dikatakan kabel pengecas ini boleh menyebabkan kebakaran atau menjadi cepat panas sekiranya terdapat sebarang kerosakkan pada kabel, walaupun kecil.
Microsoft dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan program ganti kembali ini, termasuk nombor angka model yang terlibat, dan sebagainya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Mengganti Kembali Sejumlah Kabel Pengecas Surface Pro Disebabkan Risiko Terbakar"