Penanti peminat Apple di Malaysia untuk mendapatkan jam pintar Apple Watch kini berakhir. Laman rasmi Apple Malaysia akhirnya mengesahkan ianya kini boleh mereka miliki dengan harga bermula dari RM 1599. Ini ialah harga untuk versi Sport 38mm. Untuk versi 42mm biasa pula harga jualan bermula dari RM 2799. Paling menarik ialah versi Edition yang mencecah harga RM 80000 sepasang.
Sebanyak 16 model sport, 20 model Watch dan 8 model Edition boleh dibeli menerusi laman Apple Malaysia. Antara pilihan yang diberikan ialah edisi terhad tali berwarna merah yang hanya akan dijual sehingga 22 Februari ini. Seperti yang dijangkakan harga Apple Watch di Malaysia adalah amat premium dan mensasarkan golongan yang lebih berkemampuan. Apple Watch ialah jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Watch OS. Ia diperkasakan pemproses Apple S1, skrin 1.3″- 1.5″, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 8 Gigabyte
Penantian sudah berakhir dan adakah anda masih berminat untuk memiliki jam tangan pintar yang paling hangat di pasaran sekarang. Jika berminat versi dan model manakah yang akan anda miliki? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Watch Kini Di Malaysia – Harga Jualan Diantara RM 1599 Dan RM 80000 Sepasang"