Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah sedia mempunyai pegangan sebanyak 10% di dalam U Mobile sejak tahun 2014 yang lepas, dan hari ini, baginda mempertingkatkan pegangan sebanyak 5%, sekaligus menjadikan pegangan Sultan Johor di dalam U Mobile berjumlah sebanyak 15%.
Pengumuman ini hadir pada hari yang sama dimana Berjaya Assets mengumumkan mereka telah membeli 20% pegangan baki daripada Berjaya Times Square daripada Sultan Johor pada harga RM250 juta.
U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi ke-4 terbesar di Malaysia, dan sering hadir dengan penawaran data dan pelan yang sangat menarik, serta harga yang rendah.
Dengan peningkatan pegangan Sultan Johor ini dalam U Mobile, kini menjadikan pemegang saham terbesar dalam U Mobile adalah Straits Mobile Investment sebanyak 49%, dan Tan Sri Vincent Tan pula hanya sebanyak 6.2%.
Sultan Johor juga sebelum ini turut membuat pelaburan dalam MOL Global.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sultan Johor Kini Mempunyai Sebanyak 15% Pegangan Di Dalam U Mobile"