Sejak lebih kurang beberapa jam yang lepas, Steam – salah satu laman sehenti untuk permainan komputer dilihat menghadapi masalah berkaitan dengan caching, dimana pengguna Steam yang log masuk ke perkhidmatan Steam Store diperlihatkan dengan akaun pengguna lain.
Pihak Valve tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan masalah ini lagi buat masa ini, tetapi ramai pengguna telah mula bercakap mengenainya pada laman sosial, termasuk di Reddit.
Daripada spekulasi ramai, ia dilihat mungkin berpunca daripada konfigurasi caching laman web yang mungkin silap, mengakibatkan pengguna boleh mengakses laman yang tidak ditujukan kepada mereka. Sokongan caching sering digunakan penyedia web seluruh dunia untuk membolehkan penawaran kandungan dengan lebih pantas kepada pengguna – dimana ia menarik kandungan daripada pelayan terdekat dengan mereka.
Masalah ini mengakibatkan beberapa data peribadi seperti maklumat emel, alamat, mahupun kad kredit dapat diakses kepada pengguna lain.
Sehingga kini, pihak Valve masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan masalah ini – walaupun masalah caching ini dilihat seperti telah diatasi dan telah beransur-pulih.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Steam Mengalami Glic, Memperlihatkan Info Pengguna Lain Kepada Mereka Yang Log Masuk"