Siri TV dicetak rompak kerana pengguna moden tidak lagi mahu menontonnya pada waktu yang ditetapkan. Mereka mahu menonton siri TV pada waktu kelapangan mereka sendiri dan kerap kali menonton lebih dari satu episod secara berturut-turut ketika hujung minggu. Ini adalah sebab mengapa di negara Barat jumlah pelanggan televisyen satelit dan kabel semakin merudum. Perkhidmatan penstriman video seperti Netflix pula mendapat tempat kerana memudahkan pengguna menonton mengikut jadual peribadi.
Tahun 2015 kini semakin hampir ke penghujung dan senarai siri TV paling banyak dicetak rompak baru sahaja diperlihatkan. Untuk tahun keempat berturut-turut, Game of Thrones menjadi mangsa cetak rompak tertinggi. Siri HBO ini dimuat turun secara haram sebanyak 14.4 Juta kali sepanjang tahun dan dengan jauh meninggalkan The Walking Dead di tempat kedua dengan 6.9 Juta muat turun. Kami secara peribadi mengakui memuat turun Game of Thrones walaupun melanggan saluran HBO di rumah. Ini adalah kerana kami mahu menonton siri TV tanpa sebarang potongan. Kami sudah hidup hampir empat dekad dan adalah tidak masuk akal siri TV kegemaran kami dipotong kerana dikatakan terlalu ganas dan terdapat adegan senggama. Anda pula bagaimana? Apakah alasan memuat turun siri TV secara haram?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Senarai 10 Siri TV Paling Banyak Dicetak Rompak 2015"