Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sempena Hujung Tahun, TIME Menawarkan Internet 100Mbps Tanpa Kuota Untuk Beberapa Pelanggan Mereka

TIME dotCOMSempena penghujung tahun, beberapa syarikat menyediakan promosi khusus untuk para pelanggan mereka. Sebelum ini, kita melihat U Mobile menawarkan 1GB tambahan untuk para pelanggan mereka, dan kini TIME telah mula menghantar emel kepada beberapa pelanggan mereka, menawarkan internet berkelajuan sehingga 100Mbps tanpa had kuota.

Promosi ini ditawarkan oleh pihak TIME dotCom untuk beberapa pelanggan mereka, bermula daripada 25 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 kelak. Selama tujuh hari ini, pelanggan yang menerima promosi ini boleh menikmati pelayaran internet tanpa had, termasuk untuk muat-naik, muat-turun, penstriman video atau menikmati permainan menggunakan rangkaian yang berkelajuan tinggi ini.

TIME 100Mbps 2015

TIME dotCom sedia menawarkan pakej 100Mbps kepada pelanggan mereka yang hadir dengan kuota 100GB pada harga RM179. Selepas kuota tamat, pengguna akan dihadkan kepada kelajuan 10Mbps – yang mana boleh dikatakan lebih pantas daripada kebanyakkan pengguna di Malaysia.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah had kawasan yang diliputi oleh rangkaian TIME dotCom ini yang sangat-sangat terhad buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sempena Hujung Tahun, TIME Menawarkan Internet 100Mbps Tanpa Kuota Untuk Beberapa Pelanggan Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info