Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fujitsu Mengasingkan Bahagian PC Dan Peranti Mudah-Alih

Perniagaan bahagian PC boleh dikatakan agak merudum akhir-akhir ini, apatah lagi dengan kehadiran peranti dua-dalam-satu, dan beberapa jenis peranti baru yang lain. Ini mengakibatkan beberapa syarikat membuat penstrukturan semula syarikat mereka. Tidak lama sebelum ini, Sony telah mengasingkan bahagian PC mereka, VAIO kepada syarikat berasingan, dan terkini, hari ini Fujitsu pula mengasingkan bahagian perniagaan PC mereka.

Fujitsu Lifebook CH702

Fujitsu mengasingkan bahagian perkomputeran mereka kepada subsidiari baru dinamakan Fujitsu Client Computing Limited, sementara untuk bahagian peranti mudah-alih pula ia dinamakan sebagai Fujitsu Connected Technologies Limited. Kedua-duanya akan beroperasi pada tahun 2016 kelak.

Sebelum ini, desas-desus telah hadir mengatakan Fujitsu, Toshiba dan VAIO akan bergabung tenaga untuk perniagaan PC mereka – sekaligus membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan dalam industri. Ia tidak diketahui sama ada Fujitsu akan beroperasi secara bersendirian, ataupun ini merupakan langkah awal mereka untuk mengumumkan kerjasama dengan yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fujitsu Mengasingkan Bahagian PC Dan Peranti Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info