Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Benarkah Gospel Yohanes 10:30 Bukti Yesus Adalah Tuhan?

Umat Kristian percaya bahawa Gospel Yohanes 10:30, Aku dan Bapa adalah satu", merupakan bukti bahawa Nabi Isa adalah Tuhan.

Gospel Yohanes 10-30

Untuk mengetahui apa makna sebenarnya ayat ini, umat Kristian sepatutnya harus memahami konteks, "Aku dan Bapaku adalah satu".

Untuk mengetahuinya, haruslah dibaca beberapa ayat sebelumnya. Jika dibaca Gospel Yohanes 10:23, "Bahawa para Yahudi memasuki serambi Kuil Solomon", ini akan membicarakan konteks sebenarnya.

Ayat 24, berkata bahawa para Yahudi menghampiri Yesus dan bertanya, "Berapa lama lagi engkau membiarkan kami hidup dalam kebimbangan? Jikalau engkau Mesias, katakanlah terus terang kepada kami."

Ayat 25 berbunyi, "Aku telah mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak percaya; pekerjaan-pekerjaan yang kulakukan dalam nama Bapaku, itulah yang memberikan kesaksian tentang aku."

Ayat 26 berbunyi, "Tetapi kamu tidak percaya, kerana kamu tidak termasuk domba-dombaku."

Ayat 27 berbunyi, "Domba-dombaku mendengarkan suaraku dan mereka mengikut aku."

Ayat 28 berbunyi, "Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka. Seorangpun tidak akan merebut mereka dari tanganku."

Ayat 29 berbunyi, "Bapaku, yang memberikan mereka kepadaku, lebih besar daripada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa. Aku dan Bapa adalah satu."

Ayat 30, "Aku dan Bapa adalah satu."

Jadi, dalam konteksnya, ini bererti mereka 'satu dalam tujuan'.

Contohnya, jika bapa saya adalah seorang petani dan saya juga seorang petani, maka saya dan bapa saya adalah satu, ertinya pekerjaan kami sama. Bukannya bererti kami dua individu yang menjadi satu.

Tetapi umat Kristian berkata, "Tidak! Ini ertinya orangnya satu, "Bapa dan aku adalah satu", yang menandakan bahawa Yesus adalah Tuhan!

Jika kita bersetuju dengan argumen ini, lebih jauh jika dibaca dalam Gospel Yohanes 17:21, Yesus berkata, "Aku didalam Engkau (Bapa) agar mereka juga di dalam kita.."

Pada saat itu Yesus bersama murid-muridnya.

Yesus berkata kepada mereka, "Aku di dalam Engkau (Bapa) agar mereka juga di dalam kita."

Jadi, anda akan mengatakan bahawa sekarang ada 14 Tuhan (termasuk murid-murid Yesus)? Bukankah ini ertinya menjadi 14 Tuhan?

Jadi, umat Kristian perlu mencipta satu istilah baru, bukan lagi triniti, kerana perlu mengemukakan istilah untuk 14 Tuhan!

Disini Yesus menggunakan kata yang sama, ertinya 'satu dalam tujuan'.

Juga disebutkan dalam Gospel Yohanes 17:23 bahawa Yesus berkata kepada para murid, "Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam aku supaya mereka sempurna menjadi satu."

Ini ertinya satu dalam tujuan.

Dan jika dibaca lagi Gospel Yohanes 10:31, "Para Yahudi mengambil batu untuk melempari Yesus.

Gospel Yohanes 10:32, Yesus berkata, "Banyak pekerjaan baik yang kuperlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah yang menyebabkan kamu mahu melempariku?"

Gospel Yohanes 10:33, "Bukan kerana suatu pekerjaan baik maka kami mahu melemparimu, melainkan kerana engkau menghujat Allah dan sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan dirimu dengan Tuhan."

Gospel Yohanes 10:34, "Tidakkah ada tertulis dalam kitan Taurat kamu; Tuhan telah berfirman; Kamu adalah Tuhan-tuhan? Jadi manusia disebut tuhan dimana pesanan Tuhan datang kepada mereka, sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan."

Jadi, jika umat Kristian menggunakan akal dan membaca sesuai dengan konteksnya, "Aku dan Bapa adalah satu", ini bererti satu dalam tujuannya.

Ini bukan bererti mereka bersatu dalam kesatuan dan ini tidak mengatakan sama sekali bahawa Yesus adalah Tuhan.

Sebab, jika umat Kristian mengatakan bahawa Yesus adalah Tuhan, anda juga harus mengakui bahawa ada 14 Tuhan!

Maksud sebenar ayat Yohanes 10:30 adalah, tujuan Allah (Bapa) dan Yesus (Nabi Isa) adalah satu dan sama.

BACA INI JUGA: Yohanes 13:13 Punca Nabi Isa Dianggap Tuhan!?

-SENTIASAPANAS.COM



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Benarkah Gospel Yohanes 10:30 Bukti Yesus Adalah Tuhan?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info