Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adorn – Mesin Pencetak 3D Menghasilkan Solekan Asas Untuk 75000 Tona Kulit

Solekan asas (foundation) adalah perlu bagi memastikan muka tidak kelihatan seperti menyapu tepung gomak. Kesilapan yang paling kerap dilakukan apabila menggunakan alat solek ialah tidak melakukan solekan asas dengan betul. Bagi wanita Asia masalah mencari solekan asas yang sesuai dengan tona kulit muka adalah sukar kerana majoritinya dihasilkan untuk wanita barat berkulit cerah. Jadi oleh sebab itulah apabila melihat wajah artis Melayu anda akan menyedari ramai yang mempunyai muka berkulit lebih cerah dari leher dan ini membuatkan mereka kelihatan aneh.

Adorn-Solekan-3D-1

Adorn ialah alat pencetak 3D dan pengimbas yang dapat menghasilkan solekan asas yang paling sesuai untuk warna kulit pengguna. Alat pengimbas pada hujung Adorn akan melihat tona warna pengguna. Selepas tona dianalisa ia akan mencetak solekan asas yang bersesuaian secara automatik dari katrij “dakwat” yang boleh ditukar ganti. Secara teorinya solekan asas untuk 75000 tona kulit boleh dihasilkan oleh Adorn. Alat pencetak 3D solekan ini dijual pada harga $139 sebuah manakala katrij tukar ganti dijual pada harga $20 sebuah. Dengan menggunakan peranti ini wanita tidak perlu lagi mencuba dan membeli solekan asas baru sekiranya tona warna kulit berubah.

Adorn-Solekan-3D-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adorn – Mesin Pencetak 3D Menghasilkan Solekan Asas Untuk 75000 Tona Kulit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info