Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Mi Pad 2 Pada Minggu Hadapan?

Xiaomi sebelum ini telah menjadualkan tarikh 24 November untuk memperkenalkan beberapa produk baru mereka, dan kini dilihat, selain daripada telefon pintar, mereka juga akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga tablet mereka, Mi Pad.

Xiaomi Mi Pad 2

Perkara ini diperlihatkan Xiaomi melalui sebuah gambar teaser baru yang dikeluarkan, memperlihatkan rekaan tablet yang cantik dengan binaan seumpama logam.

Maklumat lanjut mengenai tablet terbaru Xiaomi ini masih tidak diketahui lagi, tetapi mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan mungkin dijana cip Intel. Dan melalui gambar teaser ini juga, ia dilihat tiada lampu LED Flash yang disertakan untuk kamera belakang.

Selain daripada Mi Pad, Xiaomi juga dijangka memperkenalkan Redmi Note 2 Pro pada acara berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Bakal Memperkenalkan Mi Pad 2 Pada Minggu Hadapan?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info