Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pepsi Phone P1 Dilancarkan Di China – Telefon Untuk Peminat Jenama Pepsi

Pepsi merupakan jenama yang terkenal dengan minuman karbonat mereka. Sebelum ini, ia telah dikatakan mereka akan memperkenalkan telefon pintar mereka, dan kini ia telah pun dilancarkan secara rasminya di China dibawah nama Pepsi Phone P1s.

Pepsi Phone P1s

Pepsi Phone P1s hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, memori 2GB RAM, cip pemprosesan MediaTek MT6592 1.7Ghz, ruangan storan 16GB, dan hadir dengan sistem operasi berasaskan Android 5.1

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut menyertakan pengimbas cap jari, serta menyokong dwi-SIM (versi hibrid), dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Pepsi Phone P1s

Telefon pintar ini akan dikeluarkan oleh Shenzhen Scooby Communication Equipment, dan kini sedang melalui fasa pengumpulan dana melalui laman JD.com. Dua variasi ditawarkan, yang mana berbeza mengikut sokongan rangkaian telekomunikasi di China.

Tiada apa yang istimewa dibawakan oleh telefon pintar ini, selain penggunaan jenama Pepsi padanya. Ia mungkin lebih kepada pemasaran pihak Pepsi di China sahaja, dan mungkin kita tidak akan melihatnya diawarkan di luar tanah besar tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pepsi Phone P1 Dilancarkan Di China – Telefon Untuk Peminat Jenama Pepsi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info