Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sertai Perjumpaan Malaysian Open Source Community Pada 26 November Ini

Dalam dunia teknologi maklumat, salah satu komuniti yang penting dalam kemajuannya adalah komuniti sumber terbuka (Open Source). Pelbagai perkara telah dicipta dibawah label sumber terbuka, yang turut membolehkan pencipta lain menggunakannya secara percuma, atau melakukan modifikasi dan pembaikan kepada ciptaan tersebut. Perihal keterbukaan seperti ini memacu kemajuan sejagat dimana keuntungan bukanlah satu perkara yang diutamakan.

Di Malaysia, terdapat komuniti tempatan yang bergiat dalam sumber terbuka. Untuk teknologi maklumat, kumpulan Malaysian Open Source Community (MOSC) merupakan satu kumpulan yang giat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perkongsian ilmu, ceramah, perjumpaan dan banyak lagi. Mereka juga akan mengadakan perjumpaan terakhir dengan tema ‘Day in A Cloud’ yang bertempat di KLCC dengan kerjasama Microsoft Malaysia dan juga MDeC.

Acara yang bertempat di KLCC ini akan diadakan pada dua sesi di lokasi berlainan. Sesi pagi bertempat di Malaysian Petroleum Club manakala sesi petang bertempat di ibu pejabat Microsoft Malaysia. Sepanjang hari tersebut akan ada perkongsian seperti berkenaan perisian dan kelengkapan sumber terbuka yang boleh digunakan baik untuk tujuan peribadi dan juga syarikat. Perkongsian teknikal dari Microsoft seperti solusi teknologi awan Azure mereka akan dikendalikan.

Seperti kebanyakan acara yang berlaku di KLCC, hadirin perlu tampil dengan etika pemakaian yang tertib dan perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut dan juga jadual penuh berkenaan acara ini , layari laman pendaftaran mereka dan juga laman Facebook mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sertai Perjumpaan Malaysian Open Source Community Pada 26 November Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info