Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Play Bakal Melabelkan Aplikasi Yang Mempunyai Paparan Iklan

Google bermula pada tahun 2016 akan melabelkan aplikasi di Google Play Store dengan lebih maklumat – iaitu dengan paparan adakah sesuatu aplikasi tersebut menyertakan paparan iklan atau sebaliknya.

Google sebelum ini telah melabelkan sama ada aplikasi berkenaan menyertakan pembelian-dalam-aplikasi atau sebaliknya, dan kini, ia bakal hadir dengan paparan sama ada sesuatu aplikasi menyertakan paparan iklan atau sebaliknya.

Google Play Store Ad

Bagi penerbit aplikasi sedia ada di Google Play Store, anda diberi masa sehingga 11 Januari 1016 untuk melabelkan sama ada aplikasi anda mempunyai paparan iklan atau sebaliknya.

Langkah ini mungkin salah satu langkah yang digemari oleh para pengguna, sekaligus mengelakkan mereka terkejut dengan paparan iklan apabila mengakses sesuatu aplikasi – atau memastikan mereka tidak terpasang aplikasi dengan iklan (yang biasanya memaparkan iklan rawak) pada peranti-peranti milik anak-anak mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Play Bakal Melabelkan Aplikasi Yang Mempunyai Paparan Iklan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info