Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 6S Dan 6S Plus Dengan Rekaan Seperti Apple II Kini Boleh Dimiliki

Mei lalu kami paparkan Macintosh Phone, sebuah konsep telefon mudah alih sekiranya ia dihasilkan oleh Apple pada dekad 80an. Macintosh Phone mengambil rekaan klasik Apple II dan menggunakannya pada sebuah telefon mudah alih. Konsep ini tidak akan menjadi kenyataan kerana banyak elemen klasik seperti pendail telefon berputar tidak lagi praktikal untuk kegunaan dunia moden. Sungguhpun begitu jika anda masij menyimpan impian untuk memiliki sebuah Macintosh Phone anda kini boleh memiliki iPhone 6S dan 6S Plus dengan rekaan warna seakan Apple II.

iPhone-6S-Plus-Retro-1

Apple iPhone 6S Retro dan 6S Plus Retro adalah dua peranti edisi khas yang dijual oleh Colorware. Logo pada bahagian belakang diubah kepada rekaan logo Apple klasik dengan sentuhan warna pelangi. Warna tubuh peranti ini juga diubah kepada warna kelabu seakan Apple II. Hanya 25 peranti edisi terhad ini akan dihasilkan untuk setiap model. Harga jualan bermula dari $1599 untuk iPhone 6S Retro 16 Gigabyte dan  $1699 untuk iPhone 6S Plus Retro. Ini adalah harga yang amat mahal untuk menikmati secebis nostalgia. Namun harus diakui rekaan logo pelangi Apple di bahagian belakang dua peranti ini nampak lebih cantik berbanding logo kelabu yang digunakan sekarang.

iPhone-6S-Plus-Retro-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 6S Dan 6S Plus Dengan Rekaan Seperti Apple II Kini Boleh Dimiliki"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info