Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan Fungsi Penstriman Aplikasi – Mengakses Aplikasi Tanpa Perlu Muat-Turun

Google hari ini telah mula memperkenalkan fungsi penstriman aplikasi, yang mana membolehkan pengguna mengakses sesuatu aplikasi terus daripada hasil carian – tanpa keperluan untuk memasang aplikasi berkenaan. Pengguna seterusnya seperti biasa boleh memilih untuk memuat-turun aplikasi berkenaan ataupun sebaliknya.

Google mengatakan fungsi penstriman aplikasi ini diperkenalkan dalam usaha memudahkan pengguna mengakses kandungan yang diperlukan mereka. Seperti ramai sedia maklum, kini, pelbagai aplikasi mengkhususkan kandungan hanya pada aplikasi sahaja – dan Google sebagai enjin carian ingin memudahkan pengguna menemui apa yang dicari, walaupun dalam aplikasi.

Strim Aplikasi

Dengan pengenalan fungsi ini, jika sesuatu hasil carian adalah daripada aplikasi, ia akan memaparkan pautan dilabelkan “Stream”, dan pengguna boleh mengaksesnya dalam bentuk aplikasi walaupun tidak terpasang pada peranti mudah-alih anda. Sokongan penstriman ini juga terhad untuk carian pada peranti mudah-alih.

Untuk menjayakan perkara ini, Google mengatakan mereka menggunakan teknologi awan yang baru, dan pengguna perlulah menggunakan rangkaian internet yang laju dan stabil untuknya.

Google mengatakan kini terdapat lebih 100 bilion pautan ke aplikasi pada indeks carian mereka – termasuk beberapa aplikasi popular seperti Facebook dan Instagram.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan Fungsi Penstriman Aplikasi – Mengakses Aplikasi Tanpa Perlu Muat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info