Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Symetium Mahu Menjadi “PC Telefon Pintar” Pertama Dunia

Secara purata sidang redaksi Amanz memiliki tiga telefon pintar, satu tablet, beberapa komputer riba dan sebuah desktop. Ini bukan kerana kami kaya tetapi kerana setiap peranti yang kami senaraikan tadi hanya sesuai untuk melakukan tugasan tertentu.  Telefon pintar bagus untuk bekerja di luar pejabat tetapi tidak selesa digunakan untuk menaip artikel. Komputer riba sesuai digunakan untuk menaip artikel tetapi tidak sesuai untuk melakukan suntingan video bersaiz besar. Apa yang benar-benar kami perlukan ialah sebuah peranti universal yang boleh melakukan kesemua tugasan. Ini bukan sahaja akan mengurangkan kos membeli peranti tetapi mengurangkan berat beg yang perlu dibawa.

Symetium-2

Symetium ialah telefon pintar Android yang ingin menjadi “PC telefon pintar” pertama di dunia. Apakah yang dimaksudkan dengan PC telefon pintar? Ianya boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila dipasang pada sebuah LCD. Symentium ialah telefon pintar dengan skrin 5″ OLED FHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 6 Gigabyte dan muatan dalaman 256 Gigabyte. Kamera utama sebesar 24 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Ia akan menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan antaramuka Symetium OS.

Symetium-1

Apabila disambung ke sebuah monitor, Symetium akan memaparkan antaramuka desktop. Secara teorinya sebuah Symentium diharap dapat mengambil alih tugas sebuah komputer desktop. Projek ini sedang mengumpul dana dan anda boleh memiliki Symetium dengan harga bermula $699 (RM 3053) sebuah. Apa yang cuba dilakukan oleh Symentium ini bukanlah perkara baru. Window 10 Mobile mempunyai fungsi yang serupa diberi nama Continuum. Berbeza dengan Symetium, Continuum sudah dipertontonkan kepada umum awal tahun ini manakala Symetium hanya dipaparkan sebagai demo.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Symetium Mahu Menjadi “PC Telefon Pintar” Pertama Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info