Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Android Hub Dibuka Di Beberapa Kedai Digi – Dilengkapi Pembantu, Galaxy Masters

Digi sebelum ini telah memperkenalkan Android Hub di beberapa kedai mereka, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan bantuan berkaitan Android dan cadangan berkaitan dengan sistem operasi, aplikasi dan sebagainya. Kini, Samsung Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Digi, untuk membuka Samsung Android Hub.

Samsung Android Hub kini tersedia di lebih kurang 10 kedai Digi seluruh negara, dalam usaha membantu pengguna untuk mendapatkan info dan bantuan berkaitan dengan produk Samsung.

Samsung Android Hub

Pihak Samsung juga turut melengkapkan ruangan Samsung Android Hub ini dengan Galaxy Masters – yang mana boleh memberikan bantuan dan latihan satu-ke-satu dengan pelanggan dan pengguna, termasuk berkaitan dengan peranti, bantuan membaiki peranti, serta beberapa bantuan lain.

Sempena pengenalan ini, pihak Samsung dan Digi juga turut menawarkan beberapa tawaran promosi khusus untuk pembelian di Samsung Android Hub ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melawat Samsung Android Hub di Digi Store, iaitu di Sunway Pyramid, The Gardens, Ipoh Greentown, KILA2, Pulau Tikus, Taman Molek, Kuching, One Borneo, Plaza Merdeka Melaka dan juga Kuantan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Android Hub Dibuka Di Beberapa Kedai Digi – Dilengkapi Pembantu, Galaxy Masters"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info