Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One M8 Eye Kini Di Malaysia – Berharga RM1399

HTC pada tahun lepas telah memperkenalkan beberapa variasi peranti dibawah keluarga One M8, termasuk salah satunya adalah HTC One M8 Eye. Kini, setelah lebih kurang setahun, HTC Malaysia akhirnya membawa masuk peranti berkenaan ke pasaran tempatan, dan telah mula menjualnya pada harga RM1399.

HTC One M8 EYE

Bagi anda yang tidak mengenali akan peranti ini, HTC One M8 merupakan variasi peranti HTC One M8 – membawakan rekaan yang sama, dan perbezaan ketara yang dibawakan adalah cuma kamera belakang yang kini menggunakan sensor 13-megapixel, berbanding kamera HTC Ultrapixel yang digunakan pada One M8.

Selain daripadanya, HTC One M8 Eye adalah lebih kurang sama – dimana hadir dengan rekaan premium berasaskan logam sepenuhnya, skrin bersaiz 5-inci, sokongan HTC BoomSound, dan sokongan 4G LTE.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Snapdragon 810 2.3Ghz, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 2600mAh, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. HTC melengkapkan peranti ini dengan antaramuka HTC Sense 6.0.

Di Malaysia, HTC One M8 EYE ini akan dijual pada harga RM1399.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One M8 Eye Kini Di Malaysia – Berharga RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info