Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ura – Ura Siri Bakal Mempunyai Sistem Aktif Seakan “Ok Google” Kelak

siriDi dalam dunia pembantu maya Siri, Google Now dan Cortana ialah tiga sistem yang paling kerap diperkatakan. Dari segi kepantasan dan kemudahan Google Now masih lagi di hadapan dengan beberapa fungsi unik seperti sistem aktif sepanjang masa “Ok Google”. Kini terdapat ura- ura Siri mungkin akan menerima fungsi yang sama yang diaktifkan dengan menuturkan ayat “Hey Siri”. Selama ini Siri hanya akan mendengar kawalan suara pengguna selepas butang ditekan. Ini dilakukan oleh Apple bagi mengurangkan penggunaan bateri kerana peranti perlu sentiasa aktif mendengar arahan suara pengguna.

Sejauh mana ura-ura ini hanya akan kita ketahui selepas Apple Keynote yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sekiranya benar ia pastinya memudahkan kehidupan pengguna iOS dan menghangatkan lagi peperangan pembantu maya manakah yang terbaik di pasaran sekarang.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ura – Ura Siri Bakal Mempunyai Sistem Aktif Seakan “Ok Google” Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info