Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skrin Sony Xperia Z5 Premium Dilaporkan Tidak Pada Resolusi 4K Sepanjang Masa

Sony Xperia Z5 Premium adalah peranti pertama dengan skrin beresolusi. Sungguhpun begitu Sony mendakwa peranti ini mempunyai ketahanan bateri  yang lama sama seperti peranti keluarga Xperia Z yang lain. Jadi bagaimanakah bateri dapat dijimatkan walaupun menggunakan skrin UHD ini? Menurut laporan GSMArena, Sony hanya memaparkan skrin pada resolusi 4K apabila diperlukan seperti memainkan video 4K  yang dirakam ataupun menstrim  video YouTube. Pada penggunaan biasa resolusi skrin direndahkan kepada 1080P sahaja.Mereka menyedari hakikat ini apabila mendapati kesemua gambar rakaman skrin yang diambil tidak mencecah saiz 2160×3840 pixel seperti yang dijangkakan.

Sony Xperia Z5

Dengan menggunakan sistem ini penjimatan penggunaan bateri dapat dilakukan. Paparan UHD hanya berlaku apabila ia benar-benar diperlukan. Pada jarak penggunaan biasa sebenarnya mata manusia tidak boleh membezakan skrin 4K, QHD ataupun 1080P. Perbezaan kepadatan pixel hanya disedari sekiranya anda benar-benar dekat kepada skrin. Sistem skrin yang digunakan oleh Sony ini sebenarnya inovasi yang menarik. Sama seperti teknologi Big.LITTLE Qualcomm yang menggunakan empat teras berkuasa tinggi apabila memerlukan kuasa memproses yang besar. Selain menjimatkan bateri ia turut memastikan pemproses Snapdragon 810 yang digunakan tidak bekerja keras sehingga menimbulkan masalah kepanasan, Bagaimana pula dengan anda? Adakah ini penggunaan teknologi yang pintar ataupun teknik “mengelat” oleh Sony?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skrin Sony Xperia Z5 Premium Dilaporkan Tidak Pada Resolusi 4K Sepanjang Masa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info