Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Beg Udara Penunggang Motosikal Diperlihatkan Oleh Dainese

Menunggang motosikal ialah aktiviti yang sangat tinggi risikonya. Anda boleh melanggar atau dilanggar dan impak dari kemalangan akan mengakibatkan kecederaan yang teruk. Mengikut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) , kemalangan maut paling tinggi adalah yang melibatkan penunggang motosikal. Tidak seperti kenderaan lain,tidak ada alat keselamatan sebaik tali pinggang keledar ataupun beg udara digunakan penunggang tempatan.

Dainese-Misano-1000-D-Air-1

Dainese, pengeluar pakaian penunggang sukan lumba motosikal yang terkemuka dari Itali kini mempunyai sistem beg udara untuk kegunaan orang awam. Jaket Misano 1000 D-air ialah jaket dengan beg udara terbina di dalamnya. Apabila ia mengesan kemalangan berlaku, beg udara akan mengembang dan mempertahankan kawasan dada, tulang selangka dan tulang belakang pemakai. Angka 1000 yang digunakan pada nama jaket ini mewakili 1000 kemalangan selamat yang berlaku kepada pelumba MotoGP yang menggunakannya di atas litar. Sistem beg udara ini sebenarnya sudah digunakan oleh penunggang MotoGP seperti Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo sejak tahun 2009 lagi.

Sensor terbina pada bahagian tulang belakang Misano 1000 D-air mengesan pergerakan pemakai sebanyak 800 kali sesaat. Ia mampu mengesan arah pelanggaran dan akan mengembangkan beg udara mengikut situasi. Apabila dikembangkan, beg udara membesar sebanyak 2 inci ke semua arah dan menyerap daya hentakan. Harga jualan jaket Dainese Misano 1000 D-air bermula €1499 (RM 7311) sepasang. Sistem ini sama seperti sistem Alpinestars Tech-Air yang kami paparkan Mei yang lalu.

Dainese-Misano-1000-D-Air-2 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sistem Beg Udara Penunggang Motosikal Diperlihatkan Oleh Dainese"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info