Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Malaysia Melancarkan Aplikasi Acer Care Center Untuk Android

Acer Malaysia dalam usaha memudahkan para pengguna untuk menguruskan peranti Acer yang dibeli oleh mereka, hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi Android khusus, dinamakan sebagai Acer Care Center.

Acer Care Center

Menggunakan aplikasi Acer Care Center ini, pengguna boleh mendaftar peranti Acer mereka, disamping menggunakannya untuk melihat peranti berdaftar mereka dengan Acer, dan mengetahui pusat khidmat terdekat dengan mereka untuk dikunjungi jika ada sebarang masalah.

Disamping itu, menggunakan aplikasi sama, pengguna turut boleh mengetahui status semasa jika menghantar peranti mereka untuk dibaiki.

Bagi anda yang menggunakan peranti Acer, anda boleh memuat-turun aplikasi Android ini, dan mula menggunakannya dalam menguruskan peranti anda hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer Malaysia Melancarkan Aplikasi Acer Care Center Untuk Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info