Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KartuAs 2-in-1 – Kad-SIM Prabayar Dengan Dua Nombor Telefon, Untuk Malaysia Dan Indonesia

Bagi anda yang sering ke Indonesia, salah satu perkara yang sering menjadi masalah adalah untuk menggunakan talian telekomunikasi. Ada yang mempunyai dua telefon berbeza untuk menggunakan dua nombor berbeza – satu untuk Indonesia dan juga Malaysia – yang mana mungkin agak menyukarkan anda jika menggunakan telefon dengan hanya satu SIM.

Malah, kadang-kala ia mungkin juga agak menyukarkan untuk menguruskan dua nombor berbeza pada sesuatu masa yang sama. Untuk mengatasi perkara ini, kini sebuah kad SIM baru yang ditawarkan untuk pengguna tempatan dan juga Indonesia adalah KartuAs 2-in-1.

KartuAs 2-in-1

U Mobile bekerjasama dengan Telin Malaysia (subsidiari PT Telkom Indonesia) untuk menawarkan perkhidmatan baru ini, membolehkan pengguna menggunakan dua nombor telefon berbeza dalam satu kad-SIM yang sama.

Menggunakannya, ia memudahkan para pengguna yang sering ke Indonesia dan Malaysia dalam menggunakan nombor telefon tempatan ketika berada di sesuatu lokasi – dan seterusnya menjimatkan mereka dari segi caj perayauan.

Sebagai contoh, sekiranya anda ke Indonesia, anda akan bertukar ke nombor telefon Indonesia, dan membayar caj bayaran tempatan ketika membuat panggilan di sana.

Kerjasama ini antara Telin Malaysia turut menjadikan ia sebagai syarikat ketiga yang beroperasi sebagai MVNO dibawah U Mobile.

Bagi anda yang ingin mendapatkan KartuAS 2-in-1 ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM10.60. Pembelian kad-SIM ini akan hadir dengan panggilan percuma selama 5 minit ke Indonesia, disamping menyertakan kredit sebanyak RM5 untuk nombor Malaysia dan Rp 2000 untuk nombor Indonesia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "KartuAs 2-in-1 – Kad-SIM Prabayar Dengan Dua Nombor Telefon, Untuk Malaysia Dan Indonesia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info