Disamping memperkenalkan iPad Pro, Apple juga turut mengemaskini keluarga tablet bersaiz mini mereka – iaitu pada saiz skrin 7.9-inci, iPad Mini. Pengumuman hari ini menyaksikan iPad Mini 4 diumumkan yang membawakan kemaskini dari segi pemprosesan dan grafik.
Apple mengatakan, secara kasarnya, iPad Mini 4 merupakan iPad Air 2 tetapi pada saiz 7.9-inci.
Pengumuman hari ini juga memperlihatkan kini Apple memasarkan iPad Mini 2 sebagai model asas tablet mereka, dan diikuti oleh iPad Mini 4 baru ini, iPad Air, dan seterusnya iPad Pro.
Kita mungkin akan dapat melihat iPad Mini 4 memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPad Mini 4 Diperkenalkan – Penawaran Serupa Seperti iPad Air 2 Tetapi Pada Saiz Kompak"