Apple hari ini telah mengumumkan beberapa produk baru mereka, termasuk kemaskini kepada keluarga tablet iPad daripada mereka. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, Apple telah menghentikan pengeluaran iPad Mini 3, dan menggantikan ia kepada iPad Mini 4. Sementara model asas mereka pula kini menjadi iPad Mini 2.
iPad Mini 2 telah diperkenalkan dengan cip A7, serta skrin bersaiz 7.9-inci. Ia kini boleh dikatakan sebagai model iPad asas dan dijual pada harga RM1049. Apple meningkatkan harga jualan iPad Mini 2 ini beberapa puluh ringgit, berbanding hanya RM1027 sebelum ini.
Selain daripada iPad Mini 2, iPad Air dan juga iPad Air 2 turut memperlihatkan peningkatan harga.
– iPad Air 2 kini dijual pada harga bermula RM1999 (berbanding hanya RM1695 sebelum ini).
– iPad Air kini dijual pada harga bermula RM1599 (berbanding hanya RM1356 sebelum ini).
Model iPad versi storan yang lebih tinggi, serta dengan sokongan rangkaian 4G turut dijual pada harga lebih tinggi.
Perubahan ini boleh dikatakan disebabkan oleh kadar kejatuhan nilai ringgit semakin hari berbanding dengan harga mata wanga Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Apple pernah membuat perubahan harga jualan produk mereka ketika pengenalan implementasi GST di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Jualan iPad Di Malaysia Ditingkatkan – Kini Bermula RM1049 Untuk iPad Mini 2"