Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows 10 Mobile Diperlihatkan

Microsoft sedia menawarkan kemudahan untuk pembangun bagi membawa aplikasi Android dan iOS ke platform Windows 10 dengan hanya membuat perubahan yang sangat kecil. Untuk menjayakannya, Microsoft menyediakan tool ringkas, dan kini ia dilihat tertiris sekaligus memperlihatkan sokongan menjalankan aplikasi Android dengan mudah pada Windows 10 Mobile.

Microsoft memangginya sebagai Project Astoria, dan daripada beberapa pembangun dilihat telah mula mengujinya. Ia dikatakan menjalankan aplikasi Android dengan lancar tanpa masalah – tetapi bagi aplikasi yang mempunyai Google Play Services, ia agak sukar digunakan malah ada yang gagal berfungsi.

Untuk makluman, tool yang tertiris ini ditawarkan kepada pembangun sahaja dalam memudahkan mereka menguji dan membawa aplikasi Android mereka ke platform Windows 10 Mobile. Maka ia tidak digalakkan untuk pengguna biasa mencubanya memandangkan ia boleh membuatkan telefon pengguna menjadi rosak atau tidak stabil untuk digunakan.

Sebelum ini, pihak BlackBerry turut menawarkan sokongan sama pada platform BlackBerry 10, sebelum turut menambah sokongan Amazon AppStore pada peranti keluaran mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows 10 Mobile Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info