Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Memperkenalkan Dua Cip Pemprosesan Asas – Snapdragon 212 Dan Snapdragon 412

Qualcomm merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran pelbagai cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih. Hari ini, mereka menambah dua cip pemprosesan dengan kuasa pemprosesan asas, iaitu Snapdragon 212 dan juga Snapdragon 412.

Qualcomm Snapdragon

Secara kasarnya, ia merupakan kemaskini kepada Snapdragon 210 dan 410 sebelum ini. Untuk Snapdragon 212, ia menggunakan rekaan 28nm ARM Cortex-A7 dan membawakan kuasa pemprosesan sehingga 1.3Ghz. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan grafik Adreno 304, kamera sehingga 8-megapixel, panel paparan sehingga resolusi 1280×720 pixel, dan sokongan Qualcomm Quick Charge 2.0. Snapdragon 212 turut menyertakan modem X5 LTE bersama-sama dengannya.

Untuk Snapdragon 412 pula, ia membawakan rekaan 28nm ARM Cortex-A53 dengan kelajuan pemprosesan sehingga 1.4Ghz. Cip Snapdragon 412 turut menyertakan sokongan paparan resolusi sehingga 1920×1200 pixel, kamera 13.5-megapixel, dan Quick Charge 2.0.

Dengan pengenalan kedua-dua cip pemprosesan baru ini, mungkin kita akan dapat melihat penawaran peranti menggunakannya hadir ke pasaran tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Memperkenalkan Dua Cip Pemprosesan Asas – Snapdragon 212 Dan Snapdragon 412"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info