Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Projektor Mini Untuk PlayStation 4 Dilancarkan

MPCL1 ialah projektor piko yang lancarkan untuk PlayStation 4. Projektor kecil ini hanya seberat 192 gram tetapi mampu memaparkan imej sebesar 120 inci pada resolusi 1080P. MPCL1 turut mempunyai fungsi WiFi bagi membolehkan penstriman video tanpa wayar dari peranti pintar secara terus. Menurut Sony projektor ini tidak perlu di fokus seperti projektor lain kerana mampu melakukannya sendiri. Pada jarak lontaran 4 kaki pula ia mampu memancarkan imej sebesar 40″. Spesifikasi lain yang kami ketahui ialah ia memancarkan imej pada keterangan 32 lumens. Ia mampu berfungsi tanpa wayar kerana mempunyai bateri sebesar 3000 mAh yang turut boleh digunakan untuk mengecas peranti sekiranya perlu.  Projektor MPCL1 ini akan mula dijual Oktober hadapan pada harga $350 sebuah.

MPCL1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Projektor Mini Untuk PlayStation 4 Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info