Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Melancarkan Windows 10 Untuk IoT – Muat-Turun Dan Gunakan Pada Raspberry Pi Hari Ini

Ketika pengenalan Windows 10, Microsoft menekankan yang mana ia merupakan sistem operasi yang dioptimasikan untuk peranti pelbagai jenis saiz, dari IoT sehinggalah kepada telefon pintar, tablet, komputer dan juga televisyen (melalui Xbox). Hari ini, lanjutan daripada pengenalan Windows 10 untuk komputer pada 29 Julai lepas, pihak Microsoft turut telah mula menawarkan Windows 10 untuk IoT.

Windows 10 untuk IoT ini menyokong Raspberry Pi 2 dan juga MinnowBoard Max. Sistem operasi ini ditujukan untuk digunakan oleh pembangun untuk membangunkan peranti berhubung mereka.

Microsoft sendiri berkongsi beberapa projek menarik melalui halaman Hackster.IO, dimana anda boleh turut menyemak beberapa projek menarik yang dibangunkan oleh pasukan Windows IoT dan juga komuniti lain yang menggunakan Windows 10 untuk IoT ini.

Bagi anda yang berminat dalam pembangunan projek menggunakan Raspberry Pi dan sebagainya, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya pada projek anda hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Melancarkan Windows 10 Untuk IoT – Muat-Turun Dan Gunakan Pada Raspberry Pi Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info