Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Hadir Dengan Halaman Khusus Menyenaraikan Eksperimen Menarik Menggunakan Android

Android merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang digunakan ramai dalam pembangunan bukan sahaja aplikasi, tetapi pelbagai projek-projek menarik. Kini, bersempena dengannya, Google melancarkan sebuah halaman hab projek-projek eksperimental menarik menggunakan platform berkenaan, dinamakan Android Experiments.

Android Experiments

Buat masa ini, melalui halaman berkenaan ia memperlihatkan aplikasi menarik, selain kaedah penggunaan antaramuka dan paparan yang lain daripada lain. Sebanyak 20 projek eksperimental disenaraikan buat masa ini, dan tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak projek ditambbah dari masa ke semasa.

Aplikasi yang disenarikan juga dilabelkan sebagai sumber terbuka untuk membolehkan para pembangun memuat-turun dan mempelajari bagaimana mengintegrasikan dan menjayakan lagi projek serta eksperimen ini.

Pembangun juga turut boleh menghantar projek-projek anda untuk disenaraikan pada halaman Android Experiments ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Hadir Dengan Halaman Khusus Menyenaraikan Eksperimen Menarik Menggunakan Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info