Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firefox 40 Hadir Dengan Sokongan Windows 10, Menyertakan Sekuriti Dan Keselamatan Lebih Baik

Mozilla dengan pengenalan kemaskini pantas untuk Firefox sejak beberapa tahun ini, kini menjadikan mereka telah pun menawarkan Firefox versi 40 pada saluran stabil. Dengan pengenalan versi baru untuk desktop ini, ia turut membawakan beberapa fungsi dan sokongan baru untuk para pengguna – terutamanya yang menjalankan sistem operasi Windows 10.

Mozilla mengatakan beberapa kemaskini kecil pada antaramuka telah diperkenalkan pada pelayar web ini, selain memudahkan lagi pengguna menjadikan ia sebagai pelayar web utama pada komputer Windows 10 mereka. Ini sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna yang inginkan pelayar web lain yang ditawarkan pada pelbagai saiz peranti.

Disamping itu, dengan sokongan pemalam pihak ketiga yang semakin meluas, Mozilla turut mengumumkan untuk menjadikan penggunaan pemalam pihak ketiga ini lebih selamat berbanding sebelumnya. Sejumlah pemalam telah mula melalui proses pengesahan daripada Mozilla, dan yang tidak diluluskan akan mula memaparkan amaran dan sebagainya. Jika anda merupakan salah seorang pembangun pemalam untuk Firefox, mungkin sudah tiba masanya anda menghantar ia untuk melalui proses pengesahan Mozilla, sekaligus menyakinkan lagi pengguna menggunakannya.

Disamping itu, kemaskini kestabilan dan pepijat lain turut disertakan pada versi terbaru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox 40 Hadir Dengan Sokongan Windows 10, Menyertakan Sekuriti Dan Keselamatan Lebih Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info