Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Yang Boleh Menghantar Notifikasi Berita Mutakhir

Facebook merupakan laman sosial terkemuka – dimana pada dulunya ia digunakan untuk mengetahui kemaskini dan keadaan semasa rakan-rakan. Tetapi, dengan peredaran zaman, kini Facebook turut digunakan sejumlah pengguna untuk mengetahui apakah yang berlaku di sekitar mereka.

Untuknya, kini Facebook dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi ringkas yang membolehkan para penerbit di Facebook untuk menghantar notifikasi kepada pengguna mereka – terutamanya memfokuskan kepada berita-berita mutakhir yang tidak ingin dilepaskan oleh pengguna.

Secara kasar, mungkin Facebook ingin bersaing dengan Twitter dalam menjadikan laman dan perkhidmatan mereka sebagai sumber utama untuk pengguna mengikuti berita.

Di Twitter, anda boleh mengikuti beberapa akaun yang anda gemari, dan tandakan ia sebagai Favourite untuk menerima notifikasi untuk setiap Tweet yang dihantar mereka.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Facebook akan memperkenalkan fungsi baru ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Yang Boleh Menghantar Notifikasi Berita Mutakhir"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info